Sunday, March 22, 2009

MUTUNG GAWAI 2007

SARATOK





SARATOK





SARATOK TOWN










Kalaka adalah sebuah Daerah yang terletak di pedalaman dan mengikut bancian pada tahun 1871, ia mempunyai populasi seramai 9,530 orang. Majoriti penduduk ini adalah Melayu (2,724 orang), Iban (6,741orang), Cina (62) orang dan India (3 orang).

"Fort Charles" telah dibina oleh seorang kakitangan Kerajaan Brooke yang bernama Maxwell di dalam tahun 1878 sebagai tempat pentadbiran dan juga mengumpul cukai daripada penduduk setempat. Bangunan ini telah runtuh disebabkan hakisan tanah pada tahun 1893 dan dibina semula pada tahun 1895.

Sepuluh tahun selepas "Fort Charles" dibina, "Fort Ranee" di Saratok dibina pada tahun 1888. Pada asalnya, ia adalah sebuah bangunan sementara yang dibina menggunakan bumbung atap dan kayu belian. Sekarang ianya digunakan sebagai bangunan Pejabat Daerah, Saratok. Beberapa deretan kedai kayu yang pertama sepanjang Batang Krian telah dibina oleh orang Cina (Hokkien) pada awal tahun 1900an. Sekolah Rendah Min Syn telah dibina di dalam tahun 1919 apabila lebih ramai orang Cina yang menetap di Saratok.

Sekitar tahun 1888, didapati ramai orang Iban yang menetap di sepanjang Sungai Krian dan Sungai Sebetan; orang Melayu di kabong dan Sessang manakala orang Cina di pekan Saratok, Roban dan Kabong. Aktiviti utama penduduk adalah betanam padi, menangkap ikan dan menanam rumbia. Dalam tahun 1900an,penanaman getah di bawa masuk ke Daerah Saribas dan berkembang ke Sungai Krian.

Terdapat dua tempat bersejarah di Saratok iaitu telaga lama yang kenali sebagai Telaga Mok Haji Kiah yang terletak di bawah bangunan Pejabat Daerah, Saratok. Telaga ini tidak pernah kering walaupun mengalami musim kemarau. Sebuah lagi tempat bersejarah adalah Tapak Bersejarah Orang Kaya Temenggong Tandok; ianya terletak di Krian Tengah (Krangan). Menurut sejarah, rumah panjang Temenggong Tandok telah dibakar oleh orang Iban dari Banting yang diketuai oleh Ijau Lang dalam tahun 1833. Pada masa tersebut, Saratok adalah di bawah pemerintahan Sultan Brunei.

Pekan Saratok telah terbakar di dalam bulan Jun 1970. Setengah daripada 56 unit kedai kayu telah terbakar. Pada 10 Mei 1972, kedai konkrit telah dibina buat pertama kalinya. Di dalam bulan Oktober 1973, 61 unit kedai konkrit telah dibina di atas tapak pekan yang lama. Di dalam tahun 1981, 10 unit kedai; sebuah Masjid Daerah baru yang berungkos RM316,000.00 dan sebuah Kuil Cina siap dibina. Gereja St. Peter yang dibina dalam tahun 1930 an telah digantikan dengan gereja konkrit pada tahun 1969. Tapak lama pekan Saratok di Jalan Ong Ho San telah digunakan untuk membina Sekolah Rendah Min Syn, Dewan Masyarakat, Pasar Sayur dan Stesen Bas Saratok yang baru.

Terdapat empat buah Sekolah Menengah di Saratok yang mana sebuah terletak di Roban dan sebuah lagi terletak di Kabong. Disamping itu juga, terdapat tiga buah Bank di Saratok dan sebelas Hotel bertaraf sederhana di pekan Saratok.Mengikut kajian yang dibuat di dalam bulan Februari 1999, Pekan Saratok mempunyai 121 unit kedai.